Sunday, 19 May 2013

Sistem Tulisan Abada Kadazandusun

Contoh Tulisan Abada Kadazandusun Dengan Tangan

Pada pos yang lepas, diterangkan serba sedikit mengenai sejarah tulisan abada serta penciptanya. Juga contoh-contoh karangan dalam tulisan tangan. Para pembaca sudah pun maklum tentang perkara tersebut barangkali. Cuma sahaja perlu melakukan sedikit hafalan dan belajar cara menulis huruf (pimato). Kita amat berterima kasih terhadap Dr. Mohd Zakaria Ilyas kerana usaha dan keringatnya tercipta tulisan ini dengan jayanya. Usaha ini sepatutnya dihargai oleh semua khususnya komuniti KDM di Sabah. Malahan seharusnya diwar-warkan kepada persatuan, pertubuhan, perbadanan di bawah naungan kebudayaan dan persatuan Kadazandusun atau di bawah nama Dusun dan Kadazan agar satu inisiatif dan desakan perlu diambil bagi membincangkan perkara ini secara menyeluruh. 

Harapan bahawa keputusan berpihak kepada gagarit ini di mana akan disokong sepenuhnya supaya di hak milik dan digunakan oleh semua  tidak kira dalam apa juga bidang termasuklah dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan sosial serta diperluaskan penulisannya  dari tulisan bersembang dalam alam maya (internet) kepada buku-buku ilmiah, journal, majalah, makalah, papan tanda jalan, dan nama domain kedai-kedai perniagaan milik kaum Kadazan dan Dusun juga harapan menggunung agar tulisan ini  diajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Percayalah bahawa dengan persetujuan semua pihak dengan menjadikan gagarit abada sebagai tulisan rasmi dalam bahasa Kadazandusun maka wujud satu situasi di mana keilmuan dari tulisan ini akan berkembang yakni banyak buku-buku ditulis oleh para pengkaji berkait dengan ilmu bahasa Kadazandusun yang masih diperhalusi, diperkaya dan dilaksanakan secara konsisten dan komprehensif . 

Pembelajaran dan pengajaran bahasa Kadazandusun telah pun bermula dari tahun 1997 dan kini pengajaran dan pembelajaran bahasa ini telah pun menjangkau 16 tahun semasa blog ini ditulis. Ini bermakna jika seorang insan yang telah berusia 16 tahun makanya dia telah diketegorikan sebagai alam remaja dan sudah dikira matang dan mampu berfikir hal-hal yang rumit jika dia adalah seorang yang bijak dan pintar. Oleh itu dalam tempoh 16 tahun pelaksanaan pengajaran bahasa Kadazandusun  di sekolah dengan tulisan pinjaman daripada tulisan rumi (Roman alphabet). Banyak kemajuan dan perkembangan yang telah dicapai dalam tempoh tersebut. Malah para pengkaji bahasa juga telah mencipta bagaimana sistem bunyi, ejaan yang betul, dan sebutan betul berlandaskan kepada tulisan rumi. Misalnya di mana perlunya perletakan koma, titik dan bagaimana hendak mengetahui perbezaan sebutan dalam tulisan yang mempunyai makna berbeza  dalam petikan. 

Saya tidak skeptical tentang penggunaan tulisan tersebut malah menerimanya dengan hati terbuka. Ini kerana bukan komuniti kita sahaja menggunakan tulisan tersebut malah kaum Cina yang bangga terhadap tulisan Cina mereka masih mempelajari tulisan rumi bila mana mempelajari bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Begitu jugalah dengan kaum India di negara ini malahan sistem tulisan di sekolah-sekolah kebangsaan yakni tulisan berbahasa Melayu sepenuhnya telah menggunakan tulisan rumi mengantikan tulisan jawi yang telah digunakan berabad-abad lamanya.

Menurut Jagianto (2005: 2) bahasa sistem bermaksud kumpulan dari elemen-elemen yang berinteraksi untuk mencapai suatu tujuan tertentu. sistem ini menggambarkan suatu kejadian-kejadian dan kesatuan yang nyata adalah suatu objek nyata, seperti tempat, benda, dan orang-orang yang betul-betul ada dan terjadi. Manakala menurut Murdick, R.G, (1991 : 27) Suatu sistem adalah seperangkat elemen yang membentuk kumpulan atau procedure-prosedure/bagan-bagan pengolahan yang mencari suatu tujuan bagian atau tujuan bersama dengan mengoperasikan data dan/atau barang pada waktu rujukan tertentu untuk menghasilkan informasi dan/atau energi dan/atau barang. Oleh yang demikian, sistem bermaksud kumpulan dari beberapa bahagian yang memiliki keterkaitan dan saling bekerja sama serta membentuk suatu kesatuan untuk mencapai suatu tujuan dari sistem tersebut. maksud dari suatu sistem adalah untuk mencapai suatu tujuan dan sasaran dalam ruang lingkup yang sempit.
Sistem bahasa Kadazandusun pula bermaksud melihat keterkaitan penggunaan cara dan susun atur data tulisan yang harmoni dan menghasilkan informasi yang matang, telus dan akurat. Konsisten dalam tulisan yang diguna pakai serta mampu berdiri dengan sendiri. Ia khususnya melibatkan penulisan yang digunakan seharian. Dalam pos ini dibincangkan cadangan-cadangan yang baik tertumpu kepada sistem tulisan bahasa kadazabdusun bagi gambaran awal kepada para pembaca sekalian yakni bagaimana pola tulisan, ejaan yang betul, perlukah meminjam simbol-simbol seperti tanda baca, kata seru, koma dan sebagainya dalam pemantapan kepada tulisan itu. 

Seperti bahasa-bahasa dunia yang telah sedia wujud dan sistem tulisannya telah pun maju dan konsisten penggunaannya maka dengan terciptanya gagarit abada ini maka seharusnya difikirkan cara bahasa itu disistemkan sehingga penggunaannya sama pada semua pengguna. Berikut adalah cadangan yang difikirkan sesuai untuk sistem tulisan di dalam berbahasa kadazandusun.

1. Huruf Besar dan huruf kecil. (Capital Letter)

Seperti pembelajaran bahasa Kadazandusun piawai di sekolah, kita akan diajar penggunaan cara ini di mana apabila kata nama khas wajib meletakkan huruf besar manakala kata nama am pula cukup sekadar huruf kecil kerana dikatakan ianya bukan khas tetapi umum sahaja. Persoalan yang bermain di fikiran penulis, mengapakah adanya sistem sedemikian dalam penulisan atau terfikir juga apakah peranan adanya sistem atau cara sedemikian dalam penulisan? mana-mana tulisan yang menggunakan tulisan rumi tidak kiralah di negara-negara Asia, Eropah, Afrika dan Amerika Latin menggunakan cara ini dalam penulisan? Bolehkah cara tersebut tidak dilaksanakan?. Sebenarnya jawapan kepada persoalan itu hendaklah melihat kepada sistem tulisan itu sendiri. Itulah sistem yang diguna dan diyakini oleh para pakar bahasa seluruh dunia. Bagaimana pula dengan tulisan lain selain tulisan rumi? contohnya tulisan Cina, Hebrew, Arab, Thai dan sebagainya (sekadar menyebut beberapa nama tulisan). 

Saya percaya pembaca sekalian mempunyai jawapan sendiri terhadap persoalan ini, lebih-lebih lagi para pembaca dari kelompok pakar linguistik. Pendapat saya terhadap penggunaan huruf besar dan kecil ini menunjukkan perbezaan bagi sesuatu yang ditulis itu agar pembaca itu memahami apa yang dibacanya tanpa keliru antara dua aspek. Lagipun tulisan rumi mempunyai dua tulisan yang berbeza iaitu tulisan huruf besar (A, B, C, D...) dan tulisan rumi huruf kecil (a, b, c, d...) maka ia memudahkan melestarikan penggunaan huruf besar dan kecil di dalam penulisan. 

Berbalik kepada bahasa Kadazandusun, jika tulisan abada digunakan maka penggunaan huruf besar dan huruf kecil tidaklah diperlukan. Ini kerana alasannya ialah tulisan abada tersebut hanya mempunyai satu tulisan sahaja dan sistem tidak berapa sesuai jika mengaplikasikan penggunaan huruf besar dan kecil dalam tulisan. Kita boleh mengaplikasikan sistem yang digunapakai oleh tulisan-tulisan dari rumpun Semetik contohnya Arab, Hebrew, dan tulisan dari Asia contohnya bahasa Mandarin, Korea dan Jepun. Penulisan mereka tidak ada huruf besar dan kecil bagi membezakan kata nama khas atau am. Ianya harus ditulis sama rata tanpa besar di depan atau seumpamanya. 

2. Peminjaman simbol-simbol

Terdapat dua pilihan dalam perkara ini, pertama bagi memantapkan cara penulisan dalam tulisan Kadazandusun maka bolehlah meminjam simbol seperti titik (full stops), koma (commas), Tanda tanya (question marks) dan sebagainya dari tulisan rumi yang telah lama digunakan. Hanya sahaja diselarikan dalam penulisan tulisan abada. Ianya mudah kerana setiap simbol itu mempunyai peranan dalam tulisan dan semestinya setiap orang mengetahui cara penggunaannya kerana hal ini diajar di sekolah khususnya bahasa Melayu dan Inggeris. Pilihan kedua pula, mencipta sendiri simbol tersebut dan digunapakai dalam penulisan. Namun kaedah kedua ini mungkin mengalami masalah dan sudah tentu mengambil masa untuk menyesuaikan kepada kelompok masyarakat kerana sudah terbiasa dengan simbol yang digunapakai kini. 

3. Tulisan abada ditulis dari kiri ke kanan.

Bukan seperti bahasa Arab dan Hebrew di mana tulisan itu bermula dari kanan ke kiri, sesiapa yang pernah mempelajari tulisan tersebut sudah tentu mengetahui sistem menulisnya yang terbalik (berdasarkan pandangan orang yang telah terbiasa dengan tulisan rumi). Oleh kerana tidak ada sejarah Dusun dan kadazan tentang penulisan ini lebih-lebih lagi sistem sebelah mana memulakan untuk menulis maka alternatifnya bolehlah meminjam cara tulisan dalam tulisan-tulisan yang sudah sedia ada yakni meminjam pergerakan tulisan dari kiri ke kanan oleh tulisan Rumi dan seumpamanya. Atau ada sahabat-sahabat kita yang mahu agar tulisan abada ini ditulis dari kanan ke kiri kerana terbiasa dengan tulisan Arab atau Hebrew? atau pun mahu menulis tulisan abada dari atas ke bawah seperti yang dilakukan terhadap cara penulisan Cina dan Jepun era maharaja? atau ketiga-tiga sekali boleh digunakan mengikut situasi. Bagi pendapat penulis akan penyokong pendapat pertama iaitu ditulis dari kiri ke kanan. 

Entry ini tidak bermaksud pemaksaan atau di kira betul kerana tulisan abada ini belum di gazetkan lagi dan belum ramai KDM yang mengetahuinya. Oleh itu saranan dan cadangan ini masih dalam perbincangan serta banyak lagi perkara yang diperhalusi dan diketengahkan. Harapan penglibatan saudara yang berminat terhadap gagarit ini menyemarakkan lagi perbincangan dan pendapat yang akhirnya membawa kepada satu keputusan yang memihak kepada tulisan ini.

Gagarit Abada do Kadazandusun

Friday, 17 May 2013

Tulisan Kadazandusun/Gagarit Abada Kadazandusun

          Diwoto:
"...Menunjukkan kepada dunia bahawa ada bangsa Dusunkadazan yang tinggal di dalamnya. Harapan saya ialah ingin melihat Tinaru Dusunkadazan dikenali oleh masyarakat lain sebagai bangsa yang bijak pandai serta patriotik kepada bangsanya sendiri. "
Dr Mohd Zakaria Ilyas.

Maksud: Kadazandusun

Sebenarnya tulisan Kadazandusun di atas mempunyai kesalahan, sepatutnya huruf "S" bukannya huruf  "P", yg tertulis dalam petikan tersebut adalah huruf "P", maaf atas kesilapan tersebut namun pic ini tidak akan diremove.

 "...Popotuduk kumaa sompomogunan do haro tinaru Dusunkadazan poingiyon id suang dau. Alansan oku daa do kokito tinaru Dusunkadazan i oilaan do tulun suai saabagi tinaru di angabaal om mongupus do sunduan kumaa tinaru dau sondiri."
          Dr. Mohd Zakaria Ilyas.

Contoh Gagarit Abada Kadazandusun (petikan dari susuyan kokomoi parai-cerita mengenai padi)

Apakah itu Gagarit Ābàdà do Kadazandusun atau Tulisan Abada Kadazandusun?. Istilah 'gagarit' berasal dari kata akar (gamut-boros) "garit" yakni kata kerja yang bermaksud calar atau gores. Gagarit pula adalah kata nama yang bermaksud alat yang digunakan untuk mencalar atau mengores atau pencalar atau pengores. Gagarit juga bermaksud tulisan, contengan atau coretan manakala 'Abada' (kata nama) pula merujuk kepada pengabungan 3 huruf terawal dalam huruf-huruf [tongopimato] Kadazandusun yang telah dilakukan penjenamaan mengikut pola bunyi dan penggunaan asal dalam Dusun dan Kadazan. Tiga huruf tersebut ialah huruf A ('ah' mengikut bunyi pimato gagarit abada kadazandusun), huruf B ('ba' mengikut bunyi pimato gagarit abada KD), dan huruf D ('da' mengikut bunyi pimato gagarit abada KD) seterusnya ketiga-tiga suku kata ini digabungan seperti  'ah + ba + da' menjadi Abada. Abada boleh diterjemahkan kepada 'alphabet' atau 'aksara' yang mana merujuk kepada abjad-abjad yang dicipta bagi digunakan dalam penulisan atau digunakan untuk penyampaian idea-idea. Seperti mana bahasa-bahasa lain dunia yang telah maju dari segi bahasa dan tulisan, Bahasa Kadazandusun kini mengorak langkah setapak lagi dengan kejayaan seorang anak watan Dusun berasal dari Kg Togudon Ranau bernama Dr. Mohd Zakaria Ilyas yang mencipta tulisan tersebut.

Susunan Abada Kadazandusun
Sejarah penciptaan abada atau alphabet ini bermula  apabila beliau telah mendengar cerita dari OKK Sopikit Kobindong (bekas penjawat Daerah di Mahkamah Anak Negeri Daerah Ranau tahun 1970an-1980an) tentang adanya tulisan Dusun zaman tradisi (Gagarit Dusun Doungulu-gulu) dan juga abjad pernomboran tradisi (Pengintop Dusun Doungulu-gulu). Jika ada pun jenis tulisan kaum Dusun dan Kadazan itu dan belum dijumpai atau tersimpan di suatu tempat, harapan agar bukti tersebut dapat di temui secepat mungkin. Setelah beliau melakukan kajian tentang tulisan kaum Dusun dan Kadazan ini maka didapati tidak ada peninggalan tulisan tersebut pada mana-mana keluarga sub-suku Dusun di Ranau mahupun suku-suku Dusun di Sabah amnya. Oleh yang demikian, kenyataan dari OKK Sopikit Kobindong menjadi pendorong kuat kepada Dr. Mohd Zakaria untuk memulakan penciptaan tulisan tersebut seawal 1970-an lagi ketika mendalami bahasa Inggeris di Universiti Victoria di New Zealand bersama sahabatnya bernama Dr. Othman Minuddin. Kajian tersebut kini sudah menjangkau 43 tahun semasa blog ini ditulis.

Kadazandusun script by Dr. Mohd Zakaria Ilyas
Sedikit latarbelakang Pendidikan beliau di mana beliau berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Sosiologi dan Antropology dari University Belford di Amarika Syarikat dan pernah belajar di University Victoria di New Zealand pada tahun 1970. Beliau Bernasab dari keturunan Damai. Damai dikatakan bersaudara dengan Gombunan dan seorang wanita (miopud pusod). Mereka berpisah mengikut haluan masing-masing di mana Damai ke Daerah Ranau (di Sarayo Ranau) Manakala Gombunan ke Daerah Tambunan, dan saudara perempuan berhijrah ke sekitar Pantai Barat Sabah mungkin sekitar Tamparuli atau Tuaran.  Damai dan Gombunan adalah pahlawan zaman misasangod. Untuk lebih jelas boleh dilihat nasab beliau di bawah:
Dr. Mohd Zakaria - Saminah  - Kansanad - Goddah - Lieu - Sempuen/sompuon - Damai

Ramai sahabat-sahabat di luar sana tertanya-tanya adakah tulisan ini tulisan Dusun? sehingga ada yang membuat entry dalam blog sendiri meminta kepastian dari kawan-kawan lain tentang kedudukan tulisan tersebut. Ketahuilah bahasa Dusun dan kadazan tidak mempunyai tulisan yang diturunkan oleh para nenek moyang kepada generasi ke generasi kita hingga sekarang. DAN SEKALI LAGI DIULANGI SEMEMANGNYA TIDAK ADA TULISAN YANG DICIPTA OLEH NENEK MOYANG KITA. Pendapat ini akan gugur secara automatik jika terbukti ada ciptaan tulisan kaum Dusun dan Kadazan. Atas inisiatif Dr. Mohd Zakaria Ilyas ini untuk mencipta gagarit abada maka secara literalnya tulisan tersebut adalah milik kita seperti mana kata-kata beliau terhadap tulisan ini kepada bangsa Dusun dan kadazan di mana " menunjukkan kepada dunia bahawa ada bangsa Dusunkadazan yang tinggal di dalamnya. Harapan saya ialah ingin melihat Tinaru Dusunkadazan dikenali oleh masyarakat lain sebagai bangsa yang bijak pandai serta patriotik kepada bangsanya sendiri" Dr. Mohd Zakaria Ilyas . Ini bermaksud penciptaan tulisan tersebut disandarkan kepada bangsa Dusun dan Kadazan. Sememangnya kita merasa bersyukur dan gembira dengan penciptaan tulisan ini dan paling penting adalah mempelajarinya seperti mempelajari tulisan-tulisan lain yang sedia ada.

Vokal beserta Gagarit Abada Kadazandusun
Jadual pertama adalah senarai susunan huruf mengikut bahasa Kadazandusun yang dicadangkan oleh Dr. Mohd Zakaria Ilyas. Ini bermaksud huruf sebutan asli dalam bahasa Kadazandusun berada di depan manakala huruf pinjaman pula berada di belakang. Begitulah sistem susunan huruf tersebut. Oleh kerana belum ada software tulisan atau script bahasa Kadazandusun ini pada komputer mahupun liptop maka ianya tidak dapat di tunjukkan di sini. Hanya sahaja melihat contoh gambar untuk maklumat lebih lanjut. Terdapat 28 huruf dalam Bahasa Kadazandusun iaitu 23 fonem konsonan dan 5 fonem vokal. Daripada 23 huruf konsonan terdapat 4 huruf konsonan mewakili pinjaman dari bahasa lain iaitu /c/ /f/ /q/ dan /x/ manakala daripada 5 huruf vokal itu hanya satu mewakili pinjaman iaitu huruf /e/ yang terbagi kepada dua iaitu /e/ pepet dan /e/ taling. Untuk pengetahuan pembaca. Bahasa kadazandusun adalah salah satu bahasa dunia yang tidak menggunakan vokal /e/ dalam bunyi dan sebutan bahasanya. Hanya empat vokal asli yang boleh dikenal pasti iaitu /a/ /i/ /u/ dan /o/ dan terdapat juga empat vokal panjang atau MORA iaitu /aa/ /ii/ /uu/ dan /oo/.  selebihnya masing-masing pada huruf konsonan dan huruf vokal adalah huruf asli yang digunakan dalam bahasa kadazandusun. 
Diftong beserta Gagarit Abada Kadazandusun
Walaupun, sebutan dailek Liwan (salah satu daripada ketegori Central Dusunic) majoriti mendiami kawasan Ranau, Tambunan, Kundasang, Keningau dan sebagainya mempunyai bunyi seakan-akan bunyi huruf /e/ tetapi ia sebenarnya huruf /o/. Mengikut dailek Liwan sebutan bagi perkataan 'nokuro-kenapa' dan 'Poingkuro-bagaimana' ialah seperti 'nekure' dan peingkure', agak janggal dan kaku apabila melihat tulisan  dengan penggunaan huruf vokal /e/ di dalam tulisan bahasa kadazandusun. Hal ini boleh dibuktikan dengan memasuki mana-mana group (kumpulan) persatuan komuniti Kadazandusun di Facebook dan lihat komen-komen mereka. Ramai ahli menulis seperti contoh di atas disebabkan cara penyebutan perkataan dipengaruhi oleh dailek Liwan. 'Those are so awkward to read' kata 'tulun topurak - Mat Salleh'. Namun ia hanyalah melibatkan sebutan dan bunyi sahaja, dalam penulisan ianya tetap ditulis dengan huruf /o/ (saya adalah penutur dailek Liwan tegar jadi tidak ada istilah menghina atau menjatuhkan dailek tersebut). Ini adalah salah satu keunikan dailek-dailek kadazandusun yang wujud di Sabah.  

Huruf (pimato) pinjaman dalam Abada Kadazandusun
Kesemua suku-suku bahasa dalam kelompok bahasa kadazandusun mempunyai persamaan dalam bilangan penggunaan vokal kecuali dailek tersebut telah mengalami pengaruh bahasa-bahasa dari luar. Maka dengan itu, mengapa terdapatnya enam vokal dalam gambar tersebut kerana penciptaan gagarit abada ini bersandarkan kepada dailek Liwan Ranau yang sememangnya agak menarik dan unik. Bagaimanakah tulisan abada ini boleh diselaraskan dan digunakan dalam bahasa Kadazandusun piawai dengan Dailek Bundu-Liwan sebagai ukuran piawaian serta diperkaya dengan dailek-dailek yang lain? Adakah ianya akurat?. Sudah tentu, Dailek Bundu dan Dailek Liwan yang menjadi teras kepada bahasa piawai Kadazandusun tidak jauh bezanya. Ia samalah dengan Bahasa Melayu (bahasa rasmi negara Malaysia) dengan bahasa Indonesia (bahasa rasmi negara Indonesia) yang ada beberapa perkataan yang tidak difahami namun kedua-duanya masih boleh memahami antara satu sama lain. Begitu jugalah dengan dailek Bundu-Liwan, maka tidak perlulah risau tentang vokal tambahan itu. Ia boleh digunakan dalam bahasa kadazandusun piawai khususnya perkataan pinjaman bahasa asing yang menggunakan huruf vokal /e/,  jadi tidak perlulah mencari satu bentuk tulisan lagi untuk huruf tersebut kerana ianya sudah wujud.
Huruf Gagarit Abada Kadazandusun penuh
Seterusnya ialah senarai diftong dalam bahasa kadazandusun. Diftong penting dalam mana-mana bahasa kerana ianya membentuk bunyi-bunyi. Dapat dilihat diftong dalam gambar tersebut pelbagai dengan jenis diftong yang tidak pernah saya lihat. Jadi para pembaca boleh melihat senarai diftong tersebut. 

Gambar kedua menunjukkan keakraban gagarit abada kadazandusun dengan tulisan Brahami. Dr. Mohd Zakaria mengatakan bahawa tulisan abada yang diciptanya itu mempunyai pertalian dari segi bentuk, pola, struktur aksara dan tulisan secara umumnya diketahui sebagai keluarga Brahami script. Saya sendiri tidak beberapa jelas mengapa beliau menyatakan sedemikian sedangkan tulisan Brahami adalah antara tulisan tertua di dunia sebanding dengan tulisan-tulisan lain yang ada contohnya seperti tulisan Cina, Alefbeit, Tulisan Arab, tulisan Korea, Jepun dan sebagainya sedangkan tulisan gagarit abada dicipta tidak pun sampai 50 tahun dari blog ini ditulis. Cuma saya mendapati mungkin pola dan struktur gagarit abada ini mempunyai kesesuaian tatacara abjad tersebut terhadap tulisan Brahami. Walau apa pun hanya beliau dapat menghuraikan persoalan ini lebih lanjut lagi. Dan yang pasti bahawa tulisan Abada adalah satu tulisan yang berdiri dengan sendiri tanpa mempunyai persamaan seratus peratus sama dengan tulisan lain yang telah sedia wujud.
Dr. Mohd Zakaria Ilyas

Gambar di atas menunjukkan huruf-huruf dalam kadazandusun yang lengkap (berjumlah 28 huruf termasuk pinjaman). Sebenarnya huruf-huruf ini amat mudah dihafal dan diingat, ianya tidak sesusah tulisan Cina mahupun tulisan Hebrew dan tulisan ini hanya seperti garisan-garisan yang mudah maka dengan itu tulisan ini digelar 'gagarit' sebab hanya nampak seperti garisan-garisan atau calaran-calaran yang membentuk aksara-aksara mudah. Seperti tidak ada maksud dan nampak macam.....????. Betulkah sedemikian?, tulisan yang dicipta tidak perlu berselirat yang hanya menyusahkan orang ramai mempelajarinya. Paling penting sesuatu tulisan itu diterima sepenuhnya dan bagaimana komuniti itu memajukan tulisan tersebut dari segi penggunaan dalam penulisan.

Sebelah kanan anda ialah gambar pencipta gagarit abada kadazandusun. Beliau ialah Dr. Mohd Zakaria Ilyas. Semoga hasil usaha terhadap tulisan ini akan mendapat belasan yang baik dari yang maha Esa.
Sajak: Huminodun

Oh ya, teringat pula cerita drama Korea bertajuk "The Moon Embrace The Sun" sangat terkesan di jiwa hingga kini, pembawaan watak dan jalan cerita menarik apatah lagi persekitaran dan pemandangan yang sungguh indah. Terkena pula pada musim sejuk bersalji maka drama tersebut saya beri 8 bintang (********). Tetapi ada episod  yang sangat menarik sebenarnya di mana penciptaan tulisan sendiri oleh maharaja lakonan dah lupa,   (dinasti Joseon) untuk mengantikan aksara pinjaman dari China yang amat susah diaplikasikan kepada rakyat awam. Hanya golongan-golongan tertentu sahaja yang boleh menguasainya dengan memusatkan perhatian sepenuhnya kepada pembelajaran tulisan tersebut. Akhirnya tulisan itu berjaya dilaksanakan walaupun mendapat tentangan dari pihak lain khususnya golongan berfahaman Confucius. Maka hari ini rakyat Korea mendapat faedahnya dengan mempelajari tulisan yang dicipta dari zaman kerajaan Dinasti Joseon yang dikenali sebagai 'Hanggul' untuk mengantikan tulisan pinjaman dari China. Kini tulisan Hanggul meluas digunakan di Korea Selatan dan Utara serta dipelajari pula oleh mereka yang berminat belajar tulisan dan budaya Korea. Adakah para pembaca terfikir akan nasib tulisan 'Abada' ini pada masa akan datang seperti mana tulisan Hanggul itu? hanya masa dapat menjawapnya.
Tangon: Susuyan do parai/cerita mengenai padi

Berikut adalah contoh tulisan Abada menggunakan tangan. Oleh kerana belum ada software tulisan ini maka hanya inilah sahaja yang mampu menjadi tetapan pada masa kini. Diharap akan datang software tulisan ini dapat dicipta bagi kegunaan kita semua. berbalik kepada tulisan abada dengan menggunakan tangan. terdapat dua jenis yang dapat dipaparkan disini. Pertama, tulisan Abada dikenali sebagai blok yakni contoh tulisan yang diguna dalam tulisan berkomputer (lihat contoh di atas), Tulisan di atas berkaitan dengan Sajak Huminodun dan kedua bertajuk 'susuyan kokomoi do parai - cerita mengenai padi' ditulis dalam gagarit Abada Kadazandusun. Mahu tahu tulisan Romannya? sila skrol ke bawah. Manakala kedua ialah tulisan biasa seperti mana tulisan yang digunakan dalam menulis karangan bahasa Melayu tingkatan 5 zaman dulu (lihat contoh dibawah pula).  
Cerita Dongeng: Kolibambang (Rama-rama)

Terjemahan eassy pertama (tulisan bewarna merah). [Tudodoi-huminodun tondu tolundus, tanak Kinorohingan, tina dau i Suminundu, tanak do koginawaan, tudodoi-modlous ngawi o tulun, tu aiso no o takanon, luminubuk i huminodun, osianan do tulun ngawi, tudodoi-tonsi dau nadadi do parai, takanon koposion tokou, ogumu po takanon do suai, nadadi mantad tinan dau, tudodoi-pason di huminodun, pogulu i do luminubuk, sorohon oku no dikoyu, kada oku lihuai. Tudodoi-karamayan tadau kaamatan, kasarahan di huminodun, tadau do awasi ginawo, olundus om obingupus. Tudodoi-momili songulun sumandak, kaagal di huminodun]. Untuk lebih jelas, tulisan gagarit abada ini mempunyai kesilapan pada penggunaan huruf tetapi ianya tidak mengubah maksud keseluruhan sajak. Saya copy sajak ini dari tulisan rumi ke dalam bahasa Kadazandusun tulisan Abada. Harap tidaklah saya disaman. terjemahan petikan kedua dan ketiga akan diterjemahkan akan datang. Pic di bawah adalah sama dengan pic di atas berwarna merah cuma gambar di bawah telah di make up dengan Photoshop.
Tudodoi-Pengorbanan Huminodun

Akhir kata, besar harapan kita terhadap gagarit abada ini 'in the future'. Semoga bangsa kita akan terus maju dan berdaya saing membolehkan tulisan ini dapat dilihat digunakan di mana-mana baik dalam surat khabar, buku-buku ilmiah, journal mahupun dalam televisyen itu sendiri. Jika harapan-harapan ini dapat direalisasikan maka bangsa kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain yang sememangnya telahpun maju dari pelbagai segi sejak dulu lagi seperti Arab, Cina, Jepun, Korea, Thailand, bangsa Barat, Yahudi, Parsi dan sebagainya. Maka kata-kata Dr. Mohd Zakaria Ilyas ada benarnya "Menunjukkan kepada dunia bahawa ada Dusun dan Kadazan di dalamnya".








Perbendaharan kata:

1. Huruf - pimato
2. Gagarit - tulisan, benda yang digunakan untuk mencalar
3. Abada - alphabet, aksara, perkataan, abjad, ABC
4. Liwan - salah satu dailek kaum Dusun
5. Bundu - salah satu dailek kaum Dusun  
6. Huminodun - anak Tuhan Kinoringan
7. Suminundu - Isteri tuhan Kinoringan
8. Luminubuk - telah mengorbankan diri
9. osianan - kesihan, simpati
10. parai - padi
11. koposion - kehidupan
12. lihuai - dilupakan [Kata perintah]  
13. ginawo - hati, perasaan 
14. tongopimato - huruf-huruf [plural] 

                       APASI BOROS APASI TINARU
                                             Hidup Bahasa Hiduplah Bangsa

Bahan Rujukan:

1. http://luckygrows.blogspot.com/2012/07/dr-mohd-zakaria-ilyas-genius-kdm.html
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Dr_Mohd_Zakaria_Ilyas.jpg
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkataan_Kadazandusun/Abada_do_Kadazandusun
4. http://www.scribd.com/doc/111889221/Pimato-Gagarit-Kadazandusun