Friday, 17 May 2013

Tulisan Kadazandusun/Gagarit Abada Kadazandusun

          Diwoto:
"...Menunjukkan kepada dunia bahawa ada bangsa Dusunkadazan yang tinggal di dalamnya. Harapan saya ialah ingin melihat Tinaru Dusunkadazan dikenali oleh masyarakat lain sebagai bangsa yang bijak pandai serta patriotik kepada bangsanya sendiri. "
Dr Mohd Zakaria Ilyas.

Maksud: Kadazandusun

Sebenarnya tulisan Kadazandusun di atas mempunyai kesalahan, sepatutnya huruf "S" bukannya huruf  "P", yg tertulis dalam petikan tersebut adalah huruf "P", maaf atas kesilapan tersebut namun pic ini tidak akan diremove.

 "...Popotuduk kumaa sompomogunan do haro tinaru Dusunkadazan poingiyon id suang dau. Alansan oku daa do kokito tinaru Dusunkadazan i oilaan do tulun suai saabagi tinaru di angabaal om mongupus do sunduan kumaa tinaru dau sondiri."
          Dr. Mohd Zakaria Ilyas.

Contoh Gagarit Abada Kadazandusun (petikan dari susuyan kokomoi parai-cerita mengenai padi)

Apakah itu Gagarit Ābàdà do Kadazandusun atau Tulisan Abada Kadazandusun?. Istilah 'gagarit' berasal dari kata akar (gamut-boros) "garit" yakni kata kerja yang bermaksud calar atau gores. Gagarit pula adalah kata nama yang bermaksud alat yang digunakan untuk mencalar atau mengores atau pencalar atau pengores. Gagarit juga bermaksud tulisan, contengan atau coretan manakala 'Abada' (kata nama) pula merujuk kepada pengabungan 3 huruf terawal dalam huruf-huruf [tongopimato] Kadazandusun yang telah dilakukan penjenamaan mengikut pola bunyi dan penggunaan asal dalam Dusun dan Kadazan. Tiga huruf tersebut ialah huruf A ('ah' mengikut bunyi pimato gagarit abada kadazandusun), huruf B ('ba' mengikut bunyi pimato gagarit abada KD), dan huruf D ('da' mengikut bunyi pimato gagarit abada KD) seterusnya ketiga-tiga suku kata ini digabungan seperti  'ah + ba + da' menjadi Abada. Abada boleh diterjemahkan kepada 'alphabet' atau 'aksara' yang mana merujuk kepada abjad-abjad yang dicipta bagi digunakan dalam penulisan atau digunakan untuk penyampaian idea-idea. Seperti mana bahasa-bahasa lain dunia yang telah maju dari segi bahasa dan tulisan, Bahasa Kadazandusun kini mengorak langkah setapak lagi dengan kejayaan seorang anak watan Dusun berasal dari Kg Togudon Ranau bernama Dr. Mohd Zakaria Ilyas yang mencipta tulisan tersebut.

Susunan Abada Kadazandusun
Sejarah penciptaan abada atau alphabet ini bermula  apabila beliau telah mendengar cerita dari OKK Sopikit Kobindong (bekas penjawat Daerah di Mahkamah Anak Negeri Daerah Ranau tahun 1970an-1980an) tentang adanya tulisan Dusun zaman tradisi (Gagarit Dusun Doungulu-gulu) dan juga abjad pernomboran tradisi (Pengintop Dusun Doungulu-gulu). Jika ada pun jenis tulisan kaum Dusun dan Kadazan itu dan belum dijumpai atau tersimpan di suatu tempat, harapan agar bukti tersebut dapat di temui secepat mungkin. Setelah beliau melakukan kajian tentang tulisan kaum Dusun dan Kadazan ini maka didapati tidak ada peninggalan tulisan tersebut pada mana-mana keluarga sub-suku Dusun di Ranau mahupun suku-suku Dusun di Sabah amnya. Oleh yang demikian, kenyataan dari OKK Sopikit Kobindong menjadi pendorong kuat kepada Dr. Mohd Zakaria untuk memulakan penciptaan tulisan tersebut seawal 1970-an lagi ketika mendalami bahasa Inggeris di Universiti Victoria di New Zealand bersama sahabatnya bernama Dr. Othman Minuddin. Kajian tersebut kini sudah menjangkau 43 tahun semasa blog ini ditulis.

Kadazandusun script by Dr. Mohd Zakaria Ilyas
Sedikit latarbelakang Pendidikan beliau di mana beliau berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Sosiologi dan Antropology dari University Belford di Amarika Syarikat dan pernah belajar di University Victoria di New Zealand pada tahun 1970. Beliau Bernasab dari keturunan Damai. Damai dikatakan bersaudara dengan Gombunan dan seorang wanita (miopud pusod). Mereka berpisah mengikut haluan masing-masing di mana Damai ke Daerah Ranau (di Sarayo Ranau) Manakala Gombunan ke Daerah Tambunan, dan saudara perempuan berhijrah ke sekitar Pantai Barat Sabah mungkin sekitar Tamparuli atau Tuaran.  Damai dan Gombunan adalah pahlawan zaman misasangod. Untuk lebih jelas boleh dilihat nasab beliau di bawah:
Dr. Mohd Zakaria - Saminah  - Kansanad - Goddah - Lieu - Sempuen/sompuon - Damai

Ramai sahabat-sahabat di luar sana tertanya-tanya adakah tulisan ini tulisan Dusun? sehingga ada yang membuat entry dalam blog sendiri meminta kepastian dari kawan-kawan lain tentang kedudukan tulisan tersebut. Ketahuilah bahasa Dusun dan kadazan tidak mempunyai tulisan yang diturunkan oleh para nenek moyang kepada generasi ke generasi kita hingga sekarang. DAN SEKALI LAGI DIULANGI SEMEMANGNYA TIDAK ADA TULISAN YANG DICIPTA OLEH NENEK MOYANG KITA. Pendapat ini akan gugur secara automatik jika terbukti ada ciptaan tulisan kaum Dusun dan Kadazan. Atas inisiatif Dr. Mohd Zakaria Ilyas ini untuk mencipta gagarit abada maka secara literalnya tulisan tersebut adalah milik kita seperti mana kata-kata beliau terhadap tulisan ini kepada bangsa Dusun dan kadazan di mana " menunjukkan kepada dunia bahawa ada bangsa Dusunkadazan yang tinggal di dalamnya. Harapan saya ialah ingin melihat Tinaru Dusunkadazan dikenali oleh masyarakat lain sebagai bangsa yang bijak pandai serta patriotik kepada bangsanya sendiri" Dr. Mohd Zakaria Ilyas . Ini bermaksud penciptaan tulisan tersebut disandarkan kepada bangsa Dusun dan Kadazan. Sememangnya kita merasa bersyukur dan gembira dengan penciptaan tulisan ini dan paling penting adalah mempelajarinya seperti mempelajari tulisan-tulisan lain yang sedia ada.

Vokal beserta Gagarit Abada Kadazandusun
Jadual pertama adalah senarai susunan huruf mengikut bahasa Kadazandusun yang dicadangkan oleh Dr. Mohd Zakaria Ilyas. Ini bermaksud huruf sebutan asli dalam bahasa Kadazandusun berada di depan manakala huruf pinjaman pula berada di belakang. Begitulah sistem susunan huruf tersebut. Oleh kerana belum ada software tulisan atau script bahasa Kadazandusun ini pada komputer mahupun liptop maka ianya tidak dapat di tunjukkan di sini. Hanya sahaja melihat contoh gambar untuk maklumat lebih lanjut. Terdapat 28 huruf dalam Bahasa Kadazandusun iaitu 23 fonem konsonan dan 5 fonem vokal. Daripada 23 huruf konsonan terdapat 4 huruf konsonan mewakili pinjaman dari bahasa lain iaitu /c/ /f/ /q/ dan /x/ manakala daripada 5 huruf vokal itu hanya satu mewakili pinjaman iaitu huruf /e/ yang terbagi kepada dua iaitu /e/ pepet dan /e/ taling. Untuk pengetahuan pembaca. Bahasa kadazandusun adalah salah satu bahasa dunia yang tidak menggunakan vokal /e/ dalam bunyi dan sebutan bahasanya. Hanya empat vokal asli yang boleh dikenal pasti iaitu /a/ /i/ /u/ dan /o/ dan terdapat juga empat vokal panjang atau MORA iaitu /aa/ /ii/ /uu/ dan /oo/.  selebihnya masing-masing pada huruf konsonan dan huruf vokal adalah huruf asli yang digunakan dalam bahasa kadazandusun. 
Diftong beserta Gagarit Abada Kadazandusun
Walaupun, sebutan dailek Liwan (salah satu daripada ketegori Central Dusunic) majoriti mendiami kawasan Ranau, Tambunan, Kundasang, Keningau dan sebagainya mempunyai bunyi seakan-akan bunyi huruf /e/ tetapi ia sebenarnya huruf /o/. Mengikut dailek Liwan sebutan bagi perkataan 'nokuro-kenapa' dan 'Poingkuro-bagaimana' ialah seperti 'nekure' dan peingkure', agak janggal dan kaku apabila melihat tulisan  dengan penggunaan huruf vokal /e/ di dalam tulisan bahasa kadazandusun. Hal ini boleh dibuktikan dengan memasuki mana-mana group (kumpulan) persatuan komuniti Kadazandusun di Facebook dan lihat komen-komen mereka. Ramai ahli menulis seperti contoh di atas disebabkan cara penyebutan perkataan dipengaruhi oleh dailek Liwan. 'Those are so awkward to read' kata 'tulun topurak - Mat Salleh'. Namun ia hanyalah melibatkan sebutan dan bunyi sahaja, dalam penulisan ianya tetap ditulis dengan huruf /o/ (saya adalah penutur dailek Liwan tegar jadi tidak ada istilah menghina atau menjatuhkan dailek tersebut). Ini adalah salah satu keunikan dailek-dailek kadazandusun yang wujud di Sabah.  

Huruf (pimato) pinjaman dalam Abada Kadazandusun
Kesemua suku-suku bahasa dalam kelompok bahasa kadazandusun mempunyai persamaan dalam bilangan penggunaan vokal kecuali dailek tersebut telah mengalami pengaruh bahasa-bahasa dari luar. Maka dengan itu, mengapa terdapatnya enam vokal dalam gambar tersebut kerana penciptaan gagarit abada ini bersandarkan kepada dailek Liwan Ranau yang sememangnya agak menarik dan unik. Bagaimanakah tulisan abada ini boleh diselaraskan dan digunakan dalam bahasa Kadazandusun piawai dengan Dailek Bundu-Liwan sebagai ukuran piawaian serta diperkaya dengan dailek-dailek yang lain? Adakah ianya akurat?. Sudah tentu, Dailek Bundu dan Dailek Liwan yang menjadi teras kepada bahasa piawai Kadazandusun tidak jauh bezanya. Ia samalah dengan Bahasa Melayu (bahasa rasmi negara Malaysia) dengan bahasa Indonesia (bahasa rasmi negara Indonesia) yang ada beberapa perkataan yang tidak difahami namun kedua-duanya masih boleh memahami antara satu sama lain. Begitu jugalah dengan dailek Bundu-Liwan, maka tidak perlulah risau tentang vokal tambahan itu. Ia boleh digunakan dalam bahasa kadazandusun piawai khususnya perkataan pinjaman bahasa asing yang menggunakan huruf vokal /e/,  jadi tidak perlulah mencari satu bentuk tulisan lagi untuk huruf tersebut kerana ianya sudah wujud.
Huruf Gagarit Abada Kadazandusun penuh
Seterusnya ialah senarai diftong dalam bahasa kadazandusun. Diftong penting dalam mana-mana bahasa kerana ianya membentuk bunyi-bunyi. Dapat dilihat diftong dalam gambar tersebut pelbagai dengan jenis diftong yang tidak pernah saya lihat. Jadi para pembaca boleh melihat senarai diftong tersebut. 

Gambar kedua menunjukkan keakraban gagarit abada kadazandusun dengan tulisan Brahami. Dr. Mohd Zakaria mengatakan bahawa tulisan abada yang diciptanya itu mempunyai pertalian dari segi bentuk, pola, struktur aksara dan tulisan secara umumnya diketahui sebagai keluarga Brahami script. Saya sendiri tidak beberapa jelas mengapa beliau menyatakan sedemikian sedangkan tulisan Brahami adalah antara tulisan tertua di dunia sebanding dengan tulisan-tulisan lain yang ada contohnya seperti tulisan Cina, Alefbeit, Tulisan Arab, tulisan Korea, Jepun dan sebagainya sedangkan tulisan gagarit abada dicipta tidak pun sampai 50 tahun dari blog ini ditulis. Cuma saya mendapati mungkin pola dan struktur gagarit abada ini mempunyai kesesuaian tatacara abjad tersebut terhadap tulisan Brahami. Walau apa pun hanya beliau dapat menghuraikan persoalan ini lebih lanjut lagi. Dan yang pasti bahawa tulisan Abada adalah satu tulisan yang berdiri dengan sendiri tanpa mempunyai persamaan seratus peratus sama dengan tulisan lain yang telah sedia wujud.
Dr. Mohd Zakaria Ilyas

Gambar di atas menunjukkan huruf-huruf dalam kadazandusun yang lengkap (berjumlah 28 huruf termasuk pinjaman). Sebenarnya huruf-huruf ini amat mudah dihafal dan diingat, ianya tidak sesusah tulisan Cina mahupun tulisan Hebrew dan tulisan ini hanya seperti garisan-garisan yang mudah maka dengan itu tulisan ini digelar 'gagarit' sebab hanya nampak seperti garisan-garisan atau calaran-calaran yang membentuk aksara-aksara mudah. Seperti tidak ada maksud dan nampak macam.....????. Betulkah sedemikian?, tulisan yang dicipta tidak perlu berselirat yang hanya menyusahkan orang ramai mempelajarinya. Paling penting sesuatu tulisan itu diterima sepenuhnya dan bagaimana komuniti itu memajukan tulisan tersebut dari segi penggunaan dalam penulisan.

Sebelah kanan anda ialah gambar pencipta gagarit abada kadazandusun. Beliau ialah Dr. Mohd Zakaria Ilyas. Semoga hasil usaha terhadap tulisan ini akan mendapat belasan yang baik dari yang maha Esa.
Sajak: Huminodun

Oh ya, teringat pula cerita drama Korea bertajuk "The Moon Embrace The Sun" sangat terkesan di jiwa hingga kini, pembawaan watak dan jalan cerita menarik apatah lagi persekitaran dan pemandangan yang sungguh indah. Terkena pula pada musim sejuk bersalji maka drama tersebut saya beri 8 bintang (********). Tetapi ada episod  yang sangat menarik sebenarnya di mana penciptaan tulisan sendiri oleh maharaja lakonan dah lupa,   (dinasti Joseon) untuk mengantikan aksara pinjaman dari China yang amat susah diaplikasikan kepada rakyat awam. Hanya golongan-golongan tertentu sahaja yang boleh menguasainya dengan memusatkan perhatian sepenuhnya kepada pembelajaran tulisan tersebut. Akhirnya tulisan itu berjaya dilaksanakan walaupun mendapat tentangan dari pihak lain khususnya golongan berfahaman Confucius. Maka hari ini rakyat Korea mendapat faedahnya dengan mempelajari tulisan yang dicipta dari zaman kerajaan Dinasti Joseon yang dikenali sebagai 'Hanggul' untuk mengantikan tulisan pinjaman dari China. Kini tulisan Hanggul meluas digunakan di Korea Selatan dan Utara serta dipelajari pula oleh mereka yang berminat belajar tulisan dan budaya Korea. Adakah para pembaca terfikir akan nasib tulisan 'Abada' ini pada masa akan datang seperti mana tulisan Hanggul itu? hanya masa dapat menjawapnya.
Tangon: Susuyan do parai/cerita mengenai padi

Berikut adalah contoh tulisan Abada menggunakan tangan. Oleh kerana belum ada software tulisan ini maka hanya inilah sahaja yang mampu menjadi tetapan pada masa kini. Diharap akan datang software tulisan ini dapat dicipta bagi kegunaan kita semua. berbalik kepada tulisan abada dengan menggunakan tangan. terdapat dua jenis yang dapat dipaparkan disini. Pertama, tulisan Abada dikenali sebagai blok yakni contoh tulisan yang diguna dalam tulisan berkomputer (lihat contoh di atas), Tulisan di atas berkaitan dengan Sajak Huminodun dan kedua bertajuk 'susuyan kokomoi do parai - cerita mengenai padi' ditulis dalam gagarit Abada Kadazandusun. Mahu tahu tulisan Romannya? sila skrol ke bawah. Manakala kedua ialah tulisan biasa seperti mana tulisan yang digunakan dalam menulis karangan bahasa Melayu tingkatan 5 zaman dulu (lihat contoh dibawah pula).  
Cerita Dongeng: Kolibambang (Rama-rama)

Terjemahan eassy pertama (tulisan bewarna merah). [Tudodoi-huminodun tondu tolundus, tanak Kinorohingan, tina dau i Suminundu, tanak do koginawaan, tudodoi-modlous ngawi o tulun, tu aiso no o takanon, luminubuk i huminodun, osianan do tulun ngawi, tudodoi-tonsi dau nadadi do parai, takanon koposion tokou, ogumu po takanon do suai, nadadi mantad tinan dau, tudodoi-pason di huminodun, pogulu i do luminubuk, sorohon oku no dikoyu, kada oku lihuai. Tudodoi-karamayan tadau kaamatan, kasarahan di huminodun, tadau do awasi ginawo, olundus om obingupus. Tudodoi-momili songulun sumandak, kaagal di huminodun]. Untuk lebih jelas, tulisan gagarit abada ini mempunyai kesilapan pada penggunaan huruf tetapi ianya tidak mengubah maksud keseluruhan sajak. Saya copy sajak ini dari tulisan rumi ke dalam bahasa Kadazandusun tulisan Abada. Harap tidaklah saya disaman. terjemahan petikan kedua dan ketiga akan diterjemahkan akan datang. Pic di bawah adalah sama dengan pic di atas berwarna merah cuma gambar di bawah telah di make up dengan Photoshop.
Tudodoi-Pengorbanan Huminodun

Akhir kata, besar harapan kita terhadap gagarit abada ini 'in the future'. Semoga bangsa kita akan terus maju dan berdaya saing membolehkan tulisan ini dapat dilihat digunakan di mana-mana baik dalam surat khabar, buku-buku ilmiah, journal mahupun dalam televisyen itu sendiri. Jika harapan-harapan ini dapat direalisasikan maka bangsa kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain yang sememangnya telahpun maju dari pelbagai segi sejak dulu lagi seperti Arab, Cina, Jepun, Korea, Thailand, bangsa Barat, Yahudi, Parsi dan sebagainya. Maka kata-kata Dr. Mohd Zakaria Ilyas ada benarnya "Menunjukkan kepada dunia bahawa ada Dusun dan Kadazan di dalamnya".








Perbendaharan kata:

1. Huruf - pimato
2. Gagarit - tulisan, benda yang digunakan untuk mencalar
3. Abada - alphabet, aksara, perkataan, abjad, ABC
4. Liwan - salah satu dailek kaum Dusun
5. Bundu - salah satu dailek kaum Dusun  
6. Huminodun - anak Tuhan Kinoringan
7. Suminundu - Isteri tuhan Kinoringan
8. Luminubuk - telah mengorbankan diri
9. osianan - kesihan, simpati
10. parai - padi
11. koposion - kehidupan
12. lihuai - dilupakan [Kata perintah]  
13. ginawo - hati, perasaan 
14. tongopimato - huruf-huruf [plural] 

                       APASI BOROS APASI TINARU
                                             Hidup Bahasa Hiduplah Bangsa

Bahan Rujukan:

1. http://luckygrows.blogspot.com/2012/07/dr-mohd-zakaria-ilyas-genius-kdm.html
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Dr_Mohd_Zakaria_Ilyas.jpg
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkataan_Kadazandusun/Abada_do_Kadazandusun
4. http://www.scribd.com/doc/111889221/Pimato-Gagarit-Kadazandusun

23 comments:

  1. nekure @ nokuro. sebutan lidahnya ne.ku.re.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti orang ranau ni kan, hehe. Hinonggo gima kampung nu ya'uu?

      Delete
    2. Sebenarnya sebutan vokal /e/ daam dialek Dusun Ranau bukan lah sebutan /e/ seperti dalam bahasa Melayu di mana ia lebih kepada antara sebutan dan bunyi huruf vokal /e/ dan huruf vokal /o/. Separuh /e/ dan separuh /o/. di tengah-tengah antara dua vokal itu.

      Delete
  2. kanapa tiada urang tau pasal ni?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solokou monuka kumaa dika tobpinai (Keberkatan dan kesejahteraan buat mu saudara)

      Sebab mungkin tiada promosi, cuma kawan2 terdekat dan saudara mara saja yang tahu. Tapi keluarga Pengasas tulisan ini semuanya pandai tulis dan baca.

      Nilah salah satu cara bagi memperkenalkan tulisan ini kepada umum yakni melalui blog agar dapat diketahui oleh saudara2 kita semua. Boleh juga saudara masuk ke FB pengasas tulisan ini (Mohd Zakaria Ilyas) banyak perbincangan yang dibuat dalam 'wall'nya.

      Sama-sama lah kita menyokong usaha beliau ini. Sekian

      Delete
    2. Boleh juga ko copy tulisan2 tu promosi kpd kawan2 ko di FB, tengok apa reaksi mereka....

      Delete
    3. Tapinai Gundohing Carlz Jafran kotoluadan diah tuh nokoopud dot minamagarit pibarasan montok diti gagarit tokou Tinaruh KDMR. Nung okon koh yokoyu tuh sinakagon nabantud toilaan id Sinikulan ot popotikid om popotuduk diti gagarit kumaah id Tinaruh tokou KDMR it poinpasi om it osusu masoh tobontol om isai poh wagu.

      Rayou ku nogi kumaah di Gundohing Witzer Gunik it songulun po nogi tinaruh mantad Ranau dit nokopogulu kopioh pinopointutun diti gagarit sinupuh di Gundohing Dr Mohd Zakaria Ilyas, songulun poh nogi sinakagon mantad watas Ranau. Anaru nogi ot pibarasan dit pinowuyu toi pinagarit id suang Blog dau "Lada Putih Lada Merah" it kaanu dot mongumbasi daton dot misingiloh dit gagarit tokou.

      Alansan daah dot kasagah ot porintah om Opis Pisingilaan (Kerajaan dan Jabatan Pendidikan) dot potudukon toi paajalon id Sikul mongoi dot koburuh iti surupuh tokou Tinaruh KDMR,

      Okon ko awawasiw misingiloh mamagarit om mambasa dot gagarit tokou diti. Yoku sodiri ngah osomok duwoh toun dot popoutok diti gagarit id suang tulu ku. Pounsikou dot kinorohingan tuh minanganu dohoh dot kagarason ginawo minisingiloh mamagarit om mambasa diti gagarit potungkusan di Gundohing Dr Mohd Zakaria Ilyas kumaa datonn sinakagon tokou dit osusu dumtol. Karayahan ku nogi kumaa pipiro tapinai om tambalut di nakangalantoi id pisingilaan mamagarit om mambasa diti dadarit KDMR miagal di Gundohing Dr Marimbun Jouly, Gundohing Dr Ronny Gosikul, Gundohing Gordon William, Gundohingon ngawi diti dit no'onuan om nakagarit di Gundohing Dr Mohd Zakaria Ilyas sabagi dot tinaruh dit nakapaas noh dot Gagarit KDMR.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Solokou id ngaran do Minamangun kumaa dika gundohing.

      Kumoiso, kotoluadan au giigina kumaa dika tu naakamung hiti id blog dit au osongkuro kouuludo om pounsikou nogi dino atag toi ko bara' nu dit kosimpulak do ginawo dit mongupus kopiipio maya tungkus gagarit abada dit sinupu di Dr zakaria Ilyas.

      winuyuan ku nogi iti gagarit abada id blog diti do popointutun ngawi sukod wagu tinaru Kadazandusun hitid Sabah toi ko id labus pogun moi do kongoilo ngawi yolo kumaa iso kosongonuon dit upuson om pisimparagatan do gumoos kopio indo yolo do minsingilo om mongoutok do pimato abada gisom do oilaan om kapaas id suang do ginawo diolo.

      Sokodung tokou iti gagarit abada...

      Delete
  3. Pongingimatoh id Gagarit Dusundadazan napalid. KadazanDusun okon koh Kadazandupun. Maan daah potulidoh iloh pongingimatoh.

    ReplyDelete
  4. Kopiwosian gundohing Dr Zakaria... poingkuro humubung dika pasal diti gagarit diti... haro hajat bo daa...

    ReplyDelete
  5. ................................................................???????????????????????????????//

    biar betul benda ni??????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Bangsa kadazandusun adalah bangsa yang bertamadun dan tertua dan jg mempunyai ilmu yg tinggi. Contohnya dari segi pengantaran kominikasi. KAU ADA KA? hahahaha

    ReplyDelete
  8. Saya ada soalan.. dengan kemajuan yang kita ada sekarang ini, dan juga sistem tulisan yg kita guna sekarang ini(alphabet),masih perlu kah kita mempelajari tulisan abada ini atau masih relevan kah kita memplajari tulisan ini sedangkn kita kini menggunakn sistem tulisan barat dalam apa2 urusan?

    Sistem tulisan sepatutnya digunakan utk mencatat rekod dan data. Ini merupakn sesuatu benda yg nenek moyang kita tidak pernah ada dan kini, kita ada kebolehan utk menulis dan mencatat rekod dengan bantuan sistem tulisan dari barat ini. Jadi kenapakah kita perlu mempeljari abada ini utk tujuan yg sama? Saya faham yg ia mnunjukkan kita mempunyai identiti sendiri. Tetapi, it just doesnt feel right. Okay la kalau sistem abada ini telah pun wujud sebelum datangnya tulisan barat, supaya kita ada sesuatu yg hendak dipertahankn la dan menjadi warisan kunun. Tapi kalau begini, macam, we are telling lies to the world.. saya tertanya tanya juga, apa lah nenek moyang kita buat dulu2 ni.. susah oo, mcmna la dorg tulis surat sinta dorg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera/ salam...

      Tidak dinafikan sekarang ini kita menerima dengan senang hati tulisan alphabet yang meluas digunakan dalam segala bidang. Selagi negara menggunakan tulisan alphabet tersebut selagi itulah kita akan menggunakannya, tidak bermasalah pun. Relevan atau tidak relevan saya pulangkan kembali semangat kesedaran dan penguasaan anda terhadap bahasa tersebut.

      Sesuatu perubahan sudah sememangnya berlaku sedikit ketidakpercayaan dalam diri tetapi jika perubahan itu boleh membawa satu kepentingan kelompok mengapa pula dikatakan menipu kepada dunia? bukankah semua tulisan didunia dicipta dan digarap mengikut budaya bangsa-bangsa? hanya membezakannya ialah masa sahaja. Tulisan lama atau baharu bukan isunya disini dan tidak ada pemaksaan utk mempelajari tulisan abada ini kepada anda, anda boleh sahaja menggunakan alphabet sedia ada untuk tujuan apa saja.

      Berfikir terhadap nenek moyang dulu2 untuk menulis surat cinta tidak membawa apa-apa makna dalam konteks tulisan ini tetapi berfikir tulisan ini mampukah menerajui perkembangan ilmu di masa hadapan dengan penerbitan buku-buku, makalah, jurnal dan sebagainya, inilah yang harus dibincang secara terperinci. Jika anda berfikiran sedemikian, saya tidak boleh mengatakan apa-apa...

      Memulakan sesuatu yang baharu mmg pahit tetapi kepahitan tersebut membuahkan kemanisan yang tidak dapat diungkap dengan tulisan mana-mana pun termasuk tulisan ABADA...

      Keburuburuon id donguangan i romiton mooi do kopitimbang waya koposion tinaru tokou miampai tinaru suai id pomogunan diti. Kapamansaian Gagarit ABADA iso bara di ongigo om kirati tagayo montok tinaru Mamasok id Sabah.





      Delete
  9. Yes, I may only be the only English speaker around.

    But the only reason Hangul actually got recognition is because it is a true featural script, in which a single alphabet includes all the phonetic information needed to recognise the phoneme being represented, thus making it easier for the Hunmin Jeongeum to explain the properties of a letter. For example, ㄱ is the /k~g/ sound. It is easy to sound it out just by looking at the letter as it could be simply described as the following: "The letter looks like a side view of the tongue when it reaches the velum (soft palate)". This made it easier not only for most of the then-illiterate people of Joseon to understand. In fact, people today find it easier because of this.

    Other than that, the guide just seems plain off with the phonemes. I get he isn't a phonetician or linguist of some sort, but he could've at least researched a little regarding the English orthography. The so-called "English C" here is actually the Malay one. The English C is more likely to be a K or an S. The Malay C on the other hand is actually the English Ch. That's only an example, the whole guide with the English versions of the letters are way more than cringeworthy in general, honestly. :/
    The alphabet could've also been more than just adjacent letters being 90-degree turns of each other. The alphabetising is just a ripoff of Dusun's, in turn deriving from English, which worsens the unoriginality.

    Siou kalau ada yang tersinggung. This is just my salty two cents. Any rebuttals are always welcome. ;3

    Cheers,
    ~Wakami Hogo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg originalitinya tulisan hanggul?, sebelum hanggul tercipta mereka guna alphabet China... Hanggul tercipta base on script cina... Jangan lupa English alphabet tidak wujud tanpa asasnya dari bahasa2 Semetic iaitu script bhs Aram, dan hebrew....

      Delete
    2. Dalam perbincangan terbuka tidak perlu rasa tersinggung, perbincangan akan membawa satu dimensi baharu utk script ni... so relax2 saja kita.

      Delete
  10. Wow...hebat.mumbal oku po minsingilo ti osonong kopio opurimanan ku

    ReplyDelete
  11. Penciptaan tulisan abada memang satu tindakan yg terbaik, ia adalah untuk meningkatkan lagi kemartabatan bahasa dan kebudaya orang dusun, harapan saya ialah tulisan abada ini akan menjadi milik sepenuhnya tulisan orang kadazandusun juga tidak lupa dengan "dusunese numeral". Saya sendiri berusaha memuatnaik gambar abada ke wikipedia tetapi saya x tau caranya, kalau boleh kita edit itu artikel mengenai tulisan dusun di wikipedia biar orang lain melihat bahawa bangsa dusun sememangnya bangsa yg bertamadun dan bersejarah serta mempunyai identiti tersendiri. Ciao ciao Dr. Mohd Zakaria Ilyas

    ReplyDelete